Monday, August 29, 2011

Nak Raya Dah..

Sabtu pagi kami dah balik ke Melaka..tahun ni Melaka dulu..Raya ke2 balik Kuantan pulak..
Esok dah nak Raya..dari pagi bibik sibuk sediakan barang2 masak..me n dayah anyam ketupat n dah masukkan beras dah..tengah rebus tapi tak masak lagi..kak midah dah stat masak rendang ayam, rendang daging, sambal sotong, sup tulang, ada nasi beriani..macam2..dah tolong letakkan kuih raya dlm balang..aku tak masak pun..tolong sikit2 je :)
Baju batuk, ibu, apip n ayiq dah siap iron..tinggal nak masukkan duit raya dalam angpau je dengan nak tukar cadar bilik kami..baju melayu apip n ayiq ada 3 pasang (confirm tak sampai thari pun..hahaaa)..tshirt sempat beli hari jumaat ari tu (mmg aku g midvalley sorang2..hahaaaa)..o uncle diki n auntie lini n baby hamza balik malaysia tahun ni..uncle diki n antie pun ada bagi tshirt raya utk apip n ayiq..ibu tak beli apa2 pun utk baby hamza..kalau sempat nnt kita belikan baju/toys utk hamza ok..
tadi kol ibu..ibu pun tengah sibuk masak rendang..ibu masak rendang ayam..ada rendang tok..sedapnya..pak tempah sate..yummy yummy..nanti kami balik raya ke 2 ye ibu pak..kak salida dengan tinee tolong ibu :)
Kejap je puasa sebulan..dah nak Raya dah..budak2 paling gembira Raya..yang dewasa ni jgn lupa banyakkan sedekah dan bagi duit raya ikut kemampuan ok..selamat Hari Raya kawan..Maaf zahir dan Batin..

No comments:

Post a Comment